sryhlm747
4 tahun
Sakit telinga kanan sahaja
saya berumur 19 tahun, saya demam dalam tempoh 4 hari dan harini makin baik tapi masa saya nak telan air liur saya rasa sakit dekat bahagian dalam telinga kanan dan bila saya tutup lubang telinga pakai tapak tangan saya rasa lagi sakit, bila baring pon rasa sakit sampai kepala. saya bukan jenis yang suka pakai earphone atau dengar lagu yang kuat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit telinga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otitis media iaitu keradangan telinga tengah biasanya melibatkan gegendang telinga, akibat jangkitan
- Otitis externa iaitu keradanagan telinga luar biasanya menyebabkan sumbatan akibat daripada liang telinga yang membengkak
- Furunculosis adalah jangkitan kuman pada pembukaan liang telinga
- Surfer’s ear adalah apabila tulang telinga bertumbuh secara berlebihan
Memandangkan telinga adalah organ deria yang penting, masalah terkait dengan organ ini boleh menganggu aktiviti harian anda. Sekiranya penyebab adalah jangkitan, dikhuatiri ia akan merebak andai dibiarkan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.