
Sulit
4 tahun
Saya masih ada keinginan seksual. Ada ketika saya mengalami ereksi tetqpi tetapi tidak dapat nak kekal dalam masa yang lama
Saya makan ubat darah tinggi dan gout. Masih mengalami ereksi tetapi tidak lama.Masalah untuk saya kekalkan ereksi. Ada bantuan utk mengatasi masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks adalah juga dikenali sebagai mati pucuk. Mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk makluman pihak tuan, bagi lelaki usia muda beberapa masalah utama yang boleh menyebabkan mati pucuk adalah psikogenik, endokrin dan akibat ubatan.
Rawatan bagi masalah ini adalah bergantung kepada puncanya. Kebanyakan pesakit mengalami masalah disfungsi seksual yang berpunca daripada gangguan psikologi. Oleh itu, dengan bantuan psikoterapi,sesi bimbingan dan kaunseling dapat mengatasi masalah ini. Pesakit biasanya disarankan untuk menghadiri sesi rawatan dengan pasangan untuk pemulihan yang lebih berkesan.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat untuk mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah