Sulit
5 tahun
Saya mengalami kekebasan tangan terutamanya pada waktu malam
Saya pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun.Nama saya Siti Nursyaharah Binti Iran
Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami tangan kebas.Kerja yang saya lakukan seharian ialah membuat kerja sekolah dan bermain telefon.Tangan saya sering kebas ketika waktu malam.
Saya harap doktor dapat memberitahu tentang apa yang telah berlaku dengan tangan saya dan cara menangani masalah ini.
Sekian dan terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami pada masa ini. Untuk makluman anda terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah berikut:
- Carpal tunnel syndrome; di mana saraf anda tertekan dan terhimpit di dalam saluran carpal
- Penggunaan otot dan sendi yang terlalu kerap
- Diabetic neuropathy
- Peripheral neuropathy
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah sebenar.
Untuk mengatasi masalah ini, antara perkara yang anda boleh lakukan ialah:
- Berehat seketika selepas beberapa waktu semasa bekerja
- Melakukan aktiviti regangan otot
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.































