
Sulit
4 tahun
Selalu beronani.kemaluam tidak mengerasascuk
Hi.saya berumur 13.saya kerap beronani.pada suatu hari.memaluan saya tidak mengeras.apa yang perlu saya buat.saya dah insaf

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditanya.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami masalah anda mengenai kematian pucuk dimana anda akan mengalami masalah ereksi, masalah mengekalkan ereksi dan juga kurang keinginan untuk melakukan hubungan intim.
Untuk makluman anda, penyakit mati pucuk ini kebiasaannya merupakan penyakit untuk orang yang telah berumur. Terdapat tiada bukti yang menyatakan onani yang berlebihan akan menyebabkan mati pucuk. Namun, terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan mati pucuk seperti:
- Stress ataupun masalah psikologi
- Penyakit jantung
- Kolestrol tinggi
- Tekanan darah tinggi
- Merokok
- Testoterone rendah
Informasi lebih lanjut diperlukan bagi memberi jawapan yang tepat. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda untuk mengenalpasti masalah tersebut. Namun, kami boleh sarankan anda untuk :
- Lebihkan bersenam
- Kurangkan berat badan
- Berhenti merokok
- Kurangkan stress
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.