
azlihashim07
2 tahun
Seram sejuk di bahagian kaki
isteri saya mengalami seram sejuk di bahagian kaki …dan ianya berlaku di waktu siang hari…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, adalah normal untuk tapak kaki lebih sejuk daripada tangan. Akan tetapi sekiranya perubahan suhu terlalu ketara ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dehidrasi iaitu akibat kekurangkan masukan air
- Masalah hormon seperti tiroid yang menganggu regulasi suhu tubuh
- Sindrom-sindromseperti sindrom Reynaud, CREST dan lain-lain
Merujuk kepada keluhan yang bersifat subjektif, sukar untuk ditelaah lanjut. Justeru, bagi maklumat dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.