Sulit
21 bulan
Sukar bernafas akibat terkena gastrik dan sakit tekak
Haii, sya wanita berumur 20 thun. Sjak 2 hari yang lalu, saya terkena gastrik dan sakit tekak dan sukar bernafas,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah gastrik, sakit tekak dan sukar bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
- Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
- Tahap stress yang tinggi pada badan
- Pengambilan alkohol berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.