Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tangan dan kaki kiri kebas selepas berhenti merokok

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 8, 2020 12:59 PM

Sulit 5 bulan

Selamat malam doktor…saya terasa kebas tangan dan kaki kiri selepas berhenti merokok…bila berdiri terasa hendak pitam…adakah itu normal selepas berhenti merokok secara mengeju

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 5 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda berhenti merokok. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ia seperti kesan sampingan atau dipanggil withdrawal symptoms kerana anda berhenti merokok. Hal ini kerana badan anda kehilangan sesuatu yang sering mereka terima.

Sememangnya gejala yang anda alami adalah sangat tidak selesa, namun ianya tidak memberi kesan buruk malah memberi kesan yang lebih baik kerana merokok adalah sangat merbahaya kepada anda. Lama kelamaan gejala ini akan berkurang dengan sendirinya.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Selain itu anda boleh menghadiri klinik berhenti merokok di klinik kesihatan bagi mendapatkan bantuan supaya anda konsisten dalam usaha berhenti merokok ini.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 08 2020 12:59:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang cara berhenti merokok secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
nrdw8081
Rasa mual Dan perut tidak selesa bila tukar flavor vape Saya berusia 39thn. Saya mula mula berjinak dgn vape 2 minggu lepas. Kali pertama saya ambil vape tiada apa apa yg berlaku. Selepas saya tukar flavor. 10minit selepas saya ambil saya rasa loya Dan nak… Baca lagi...
12 bulan
Sulit
Berhenti merokok secara mengejut Selamat malam doktor…saya nak tanya…saya berhenti merokok secara mengejut…sudah 2 minggu saya berhenti merokok…semenjak saya berhenti merokok saya badan saya kerappanas dan badan saya menjadi le… Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Saya berhenti merokok dengan cara agak mengejut Badan rasa terlampau ringan . Dan kepala pening pening dan kerap termenung . Sye dh sebulan berhenti rokok . Rasa untuk merokok dh takde tpi still rasa cm tuh Baca lagi...
18 hari
Sulit
Kepala melayang dan nak pitam Selamat petang doktor…selepas berhenti merokok saya kerap berasa takut dan kepala rasa melayang…kenapa ye doktor.? Baca lagi...
5 bulan
kerul7667
Langkah setelah berhenti merokok Selamat malam dr. Saya seorang remaja lepasan SPM . Ramai manusia sudah sedia maklum yang merokok akan mengakibatkan peparu menjadi hitam walaubagaimanapun saya telah berhenti dari salah satu tabiat … Baca lagi...
10 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!