Sulit
5 tahun
Terdapat benjolan pada bibir faraj kiri saya
Dalam masa seminggu ketulan itu menjadi besar sperti bisul, tetapi tidak sakit atau gatal hanya benjolan. Adakah itu kista epidermal atau possible cancer?.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
Merujuk kepada kecepatan pembesaran benjolan tersebut, kemungkinan besar ia bukanlah kanser. Akan tetapi, tidak dapat menolak kemungkinan bahawa benjolan timbul akibat jangkitan. Justeru, perlu untuk anda merujuk doktor agar dapat diberikan perawatan dan ubat preskripsi untuk membunuh kuman penyebab jangkitan.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































