
Anonymous
5 years
Ada benjolan belakang kepala
Saya sebelum pkp ni, agak sakit kepala… Saya rasa effect daripada kurang tido… Dalam tempoh pkp, sakit kepala tu hilang, mungkin faktor cukup tido Saya agak jer… Cumanya, malam ni saya perasan ada sedikit benjolan di belakang kepala saya… Bila ditekan tekan, tiada kesakitan sangat… Saya lebih kepada risau kenapa benjolan tu muncul… Benjolan tu berada di belakang kepala & di bawah telinga…

5 years
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Ketulan jerawat di belakang kepala
- Folliculitis (jangkitan pada rambut)
- Ketulan benigna
- Pembengkakan limfa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.