Anonymous

4 years

Gerd dan anxiety..persaan berdebar debar

Salam doc,sy nak bertany,sy mengalami gerd…sy sentiasa rsa risau dan berdebar dengan situasi skrg…dan sy juga anxiety…mcm mne utk smengurang rse inisetiap hari sy sendawa dan kdang pedih di ulu hati…

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Biasanya masalah GERD boleh diatasi dengan cara berikut:

  • Perubahan cara hidup
    • berhenti merokok
    • mengekalkan berat badan ideal
    • mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan refluks
    • jangan baring sejurus selepas makan
    • meninggikan bantal di kepala ketika berbaring
  • Ubat-ubatan
    • Antasids untuk meneutralkan asid perut
    • H-2-receptor blockers untuk mengurangkan pembuatan asid
    • Perencat pam proton (proton pump inhibitors)- ubat ini lebih berkesan untuk mengurangkan pembuatan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh
    • Ubat untuk menguatkan otot yang memisahkan esofagus dan perut seperti baclofen

Sekiranya rawatan di atas tidak berkesan anda mungkin harusberbincang dengan doktor anda untuk rawatan lain seperti pembedahan dan prosedur lain.

Untuk merawat masalah anxiety anda, sangat disarankan untk anda berjumpa dengan doktor psiakitri anda bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dan holistik. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.