ePharmacy Latest Promotion Consult a Specialist
Need Help?
Malaysia's #1
Health Forum

Tekak rasa sempit dan buang air besar tak lawas

Answered by: Dr Sri Viknarajan

Last Updated: November 21, 2020 5:19 AM
Anonymous 6 months

salam doc, saya berusia 22 tahun. saya merasa tekak sempit, sakit semasa menelan dan kalau buang air besar tak lawas. kadang kluar sikit je dan kerap sendawa. boleh tahu tak sebab apa?

Dr Sri Viknarajan 6 months
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Hindari sakit tekak dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Mengikut keterangan anda, gejala tekak sempit yang dialami boleh disebabkan oleh berbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:

  • penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
  • pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • efek sampingan dari ubat
  • stress otot yang berlebihan

boleh juga disebabkan oleh:

  • jangkitan kuman
  • gangguan muskuloskeletal atau saraf
  • gangguan organ kardiovaskular
  • gangguan paru-paru

Buang air yang tidak lawas sering dikaitkan dengan sembelit atau konstipasi. Ia boleh berpunca dari perlbagai jenis masalah seperti:

  • tabiat pemakanan yang kurang sihat
  • kurang serat & air
  • produk tenusu yang berlebihan
  • gaya hidup yang kurang aktif
  • sering menangguh buang air
  • tekanan atau kebimbangan
  • kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
  • efek sampingan dari ubat

Atau penyakit seperti

  • Irritable bowel syndrome(IBS)
  • Penyakit radang usus.
  • Kanser usus (biasanya disertai penurunan berat badan yang drastik dan usia tua

Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:

  • berehat apabila selesai beberapa tugas
  • memastikan pakaian tidak terlalu ketat
  • memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
  • merujuk ke doktor secepatnya

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sakit%20Tekak

Last Updated: Sat Nov 21 2020 05:19:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Online Consultation
Talk to a doctor or Gastroenterologist Specialist online about GERD from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
FREE Detailed Health Assessment
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
COVID-19 Test Services
See all coronavirus COVID-19 test service providers in Malaysia. PCR/RTK test at home, clinic, drive through or to your premises.
See All COVID-19 Tests

Top Questions