Anonymous

2 years

Gerd dan cara untuk diet

doc,ingin tanya…doc sahkan saya ada gerd dan saya ada obes…saya dah bersenam dan berhenti merokok…tetapi apa makanan dan minuman perlu saya ambil…kerana penyakit gerd banyak pantang dan tidak boleh lapar…apa yang patut saya makan dan minum supaya saya boleh diet dan kekal pantang…

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.

Antara rawatan untuk merawat masalah reflux ini adalah:

  • Perubahan cara hidup
    • berhenti merokok
    • mengekalkan berat badan ideal dengan bersenam. Hal ini kerana, obesiti boleh menyebabkan risiko untuk anda mengalami refluk adalah tinggi.
    • mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan refluks
    • jangan baring sejurus selepas makan
    • meninggikan bantal di kepala ketika berbaring
  • Ubat-ubatan
    • Antasids untuk meneutralkan asid perut
    • H-2-receptor blockers untuk mengurangkan pembuatan asid
    • Perencat pam proton (proton pump inhibitors)- ubat ini lebih berkesan untuk mengurangkan pembuatan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh
    • Ubat untuk menguatkan otot yang memisahkan esofagus dan perut seperti baclofen

Sekiranya ubat-ubatan tidak dapat mengawal simptom GERD, rawatan lain mungkin ditawarkan. Seperti:

  • Fundoplication- otot bawah yang memisahkan esofagus dan perut diketatkan dengan membalut disekelilingnya bahagian atas perut bagi mengetatkan otot tersebut
  • Alat LINX- merupakan cincin magnetik membalut kawasan antara perut dan esofagus dengan menggunakan cincin magnetik bagi mengetatkan otot tersebut

Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_163792215_eWe45OdLIkwRtc7v6XolfhGKpP5wDjmi

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.