Anonymous

3 years

Kelaparan melampau, adakah menjadi simptom penyakit?

Saya wanita berumur 35 tahun. Sebelum ini mengalami gastrik (pedih perut & GERD), namun kebelakangan ini (dalam lebih kurang sebulan lalu), sakit perut gastrik masih ada, namun lebih kerap mengalami lemah badan sehingga hampir pengsan tanpa tanda lapar jika terlambat makan berat (perlu ambil lebih daripada 3 kali sehari nasi di samping makanan lain, boleh dikatakan perlu makan kurang setengah jam sekali) walau sudah makan makanan lain (eg: oats, buah, roti, mee etc)

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami berasa simpati terhadap apa yang anda alami. Anda hampir pengsan akibat lambat makan dari biasa dan diiringi penyakit GERD.

Namun begitu, penyakit GERD jarang menyebabkan seseorang akan menjadi terlalu lapar sehingga hampir pengsan. Kami memerlukan lebih banyak maklumat dari anda untuk membuat apa apa kesimpulan.

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
  • Rawat hiatus hernia (jika ada)
  • Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Makan sedikit tetapi kerap

Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

stomachache

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.