English and Malay | |
Our doctors can help you in both languages | |
Accredited Doctors | |
All doctors at DoctorOnCall are registered with Health Ministry of Malaysia | |
Privacy Guaranteed | |
Your data is safe and will not be revealed to any parties | |
Quick and Efficient | |
All queries will be answered by doctors in a quick and efficient manner |
Answered by: Dr Sri Viknarajan
saya mengalami simptom gerd seperti panas kepala dan kesejukn pada 23/10 namun telah hilang.beberapa hri kemudian mata sy kabur dan berair di sebelah kanan.pada 3/11 sy telah mkn agak lwt dan telah mkn kek.keesokkannya sy telah mengalami pening,mudah kesejukkan,tekak tak selesa,lump d leher bawah rahang,hanya kepala dan nafas panas,mata kabur,sakit tengkuk,sakit pinggang,sekitar ulu hati panas dan agak berangin diikuti jga batuk2 dan hidung sebelah kanan tersumbat.saya pernah ke klinik dan menunggu tarikh ogds.Boleh tak doktor sarankn ubat yg sesuai.saya agak risau ke klinik d sebabkn kes covid kota kinabalu yg masih tinggi.adakah esomeprazole sesuai?
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Mengikut keterangan anda, gejala sakit perut yang dialami boleh disebabkan oleh berbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
boleh juga disebabkan oleh:
Suhu tubuh yang naik turun biasanya diarahkan ke demam atau infeksi virus mahupun bakteria.
Mata kabur dan berair boleh disebabkan oleh rasa sakit atau sebaliknya, penyakit yang lebih kompleks seperti:
Tekak yang tidak selesa, batuk, hidung tersumbat boleh dikaitkan dengan keradangan tekak, infeksi bakteria atau virus, resdung, atau gangguan refluks.
Lump dileher boleh dikaitkan dengan gangguan saluran limfa, gangguan tiroid, dan sebagainya.
Sakit tengkuk, pinggang juga boleh dikaitkan dengan infeksi bakteria atau virus yang mengakibatkan demam, disamping itu, keradangan yang sistemik seperti gangguan rematik, autoimmune disease, ataupun gangguan muskuloskeletal.
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.