English and Malay | |
Our doctors can help you in both languages | |
Accredited Doctors | |
All doctors at DoctorOnCall are registered with Health Ministry of Malaysia | |
Privacy Guaranteed | |
Your data is safe and will not be revealed to any parties | |
Quick and Efficient | |
All queries will be answered by doctors in a quick and efficient manner |
Answered by: Dr Sri Viknarajan
salam sejahtera doktor, saya seorang wanita berusia 28 tahun. dalam 3-4 bulan ini sy sering mengalami rasa terbakar di tekak, leher dan dada. rasa tersebut datang tak kira masa dan ada kala menganggu aktiviti saya. saya cuba menghilangkan rasa sakit tersebut dengan minum air, dan ada kala saya membeli ubat pedih ulu hati/angin di farmasi. saya perlu sentiasa bersedia dengan ubat tersebut di mana-mana. ada cara lain tak untuk saya kurangkan rasa sakit tersebut?
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami berasa simpati kepada anda kerana mempunyai masalah rasa terbakar di dada dan leher. Anda juga terpaksa membeli ubat pedih di farmasi kerana masalah ini.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.