Anonymous

3 years

Hidung tersumbat yang kerap

Saya wanita berusia 21 tahun , saya ada masalah hidung yang kerap berair dan tersumbat . Saya ingat ianya hanya masalah resdung biasa . Tapi sekarang berlarutan hingga menyebabkan saya mengalami sakit kepala yang amat sangat dan saya perasan di dalam rongga hidung saya seperti ada sesuatu seperti ketumbuhan yang menyebabkan pernafasan saya diblock . Boleh doktor terangkan apa sakit sebenar dan apa rawatan yang saya perlu dapatkan ? Adakah ianya berbahaya ?

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami gejala hidung berair dan kerap tersumbat. Kami akan cuba membantu anda.

Masalah hidung tersumbat dan berair merupakan masalah yang sering berlaku pada masyarakat kita. Ia boleh disebabkan oleh resdung atau alahan rhinitis, polip di hidung dan sebagainya. Jika doktor telah memberikan diagnosis resdung kepada anda, anda perlu ketahui bahawa masalah ini boleh dirawat. Namun, jika ia berulang dengan kerap ia mungkin disebabkan oleh terdapat faktor persekitaran anda yang meningkatkan masalah ini. kadang-kala resdung juga dikaitkan dengan alahan rhinitis yang mempunyai faktor-faktor yang meningkatkan risiko masalah hidung tersumbat berulang-ulang. ataupun anda telah mengalami polip pada hidung iaitu komplikasi masalah resdung. Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan masalah hidung tersumbat yang anda alami seperti:

  • alahan rhinitis akibat debu, bungaan, haiwan perliharaan
  • Jangkitan selesema
  • Ketumbuhan poilp dalam hidung
  • Resdung

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_163792215_eWe45OdLIkwRtc7v6XolfhGKpP5wDjmi

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.