Anonymous

2 years

Ketulan di bahagian kiri testis

Saya berumur 29 tahun. Saya mempunyai ketulan di bahagian kiri testis saya. Saya bimbang itu adalah ketulan cancer atau ketulan batu karang.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, ketulan di bahagian kiri testis boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:

  • Angin pasang
  • Hidrokel (pengumpulan cecair)
  • Spermatokel (pengumpulan air mani)
  • Varikokel (pengumpulan darah dalam urat sekitar testis)
  • Lipoma (ketumbuhan sel minyak)
  • Ketumbuhan testis

Gejala ini amat umum dalam kalangan lelaki, tidak semestinya tanda cancer, untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Urologi.
doctor-563428_640%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.