Anonymous

2 years

Multiple Sclerosis dan suntikan perancang keluarga

Saya wanita berusia 22 tahun dan menghidap Multiple Sclerosis. Saya dan suami merancang untuk mendapatkan anak setelah habis tempoh suntikan depo yang pertama. Namun, pada 22hb, saya perlu mengambil suntikan depo yang kedua. Manakala pada 23hb adalah tarikh janjitemu saya dan doktor pakar neurologi untuk laporan kesihatan yang sudah. Adakah saya perlu menunda tarikh suntikan depo atau perlu mengambil suntikan tersebut dan merancang semula?

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, anda perlu mendapatkan nasihat doctor sebelum mengambil pil perancang keluarga kerana kegunaan pil perancang tidak sesuai untuk semua orang. Sebagai contoh, individu yang mempunyai penyakit kencing manis, hipertensi, dan masalah hati dan jantung tidak patut menggunakan ubat perancang.

Pil perancang terdapat dalam bebrapa jenis dan setiap pil perancang mempunyai kaedah pengambilannya. Oleh itu, sebaiknya ada medapatkan nasihat doktor anda mengenai ubat perancang yang paling sesuai untuk anda dan cara penggunaannya yang betul.

Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami untuk nasihat lanjut.

Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

muhammad-ruqi-yaddin-rAWhmLWbQhI-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.