Anonymous

3 years

Perlu sunti insulin ke

Hi doctor. Saya gdm on dc. Baru baru ni bcaan bsp sy jam 8am 5.4 . Melebihi paras yg ditetapkan. Bacaan seterusnya kembali norm hingga malam. Hba1c 5.1 . Menurut doctor, adakah sy perlu ambil suntikan insulin?

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai Blood Sugar Profile (BSP) dengan bacaan Hba1c yang menaik dan kemudian kembali ke normal. Untuk makluman anda, Peningkatan bacaan Hba1c anda masih dalam bacaan yang normal. Bacaan yang tidak normal merangkumi kenaikan Hba1c melebih 6.3% (46 mmol/L) bersama dengan bacaan gula dalam darah sebanyak 7.3 mmol/L. Jika BSP anda menunjukkan bacaan Hba1c lebih dari jumlah tersebut, anda disarankan untuk mengambil insulin anda serta meneruskan bacaan BSP anda dengan lebih lanjut.

Kenaikan bacaan BSP anda ketika pada waktu jam 8 pagi adalah mungkin disebabkan selepas bersarapan atau pun lain-lain. Informasi mengenai ini perlu disahkan dengan maklumat lebih lanjut mengenai sejarah kesihatan anda. Bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung bergantung kepada sama ada ketika dia berpuasa atau selepas makan. Berikut merupakan Garis Panduan Klinikal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

  • Sebelum makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 5.3 mmol/L
  • 1 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 7.8 mmol/L
  • 2 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 6.4 mmol/L

Sekiranya, insulin tidak memperbaiki bacaan BSP anda, amatlah disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi yang boleh menggangu kesihatan anda dan bayi anda.

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Terima kasih

iStock-529416460-1200x800

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.