Answered by: Dr Sri Viknarajan
Dr , Saya berusia 23 tahun. Saya ada kena asid reflux dan ia buatkan saya rasa tak selesa.
mulut saya rasa masam , Dan terasa ada kahak di dalam tekak. Tambah bila tengah gosok gigi rasa susah nak menelan air liur.
kadang kadang rasa di perut tak selesa dan ia naik rasa sakit di dada kiri . Rasa cucuk cucuk mcm semut. Saya rasa kadang di sekitar dada kiri mcm ada semut gigit rasa sakit tu. Saya jadi takut. Adakah ini disebabkan gerd? Dan normal ke?
Kalau benda ni jadi, perlukah Saya makan ubat gastric? Dan cara nak hilangkan kahak?
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami berasa simpati kepada anda kerana mempunyai masalah sukar menelan air liur, berasa masam dalam mulut dan berasa sakit dari perut sehingga ke dada kiri.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.