
Anonymous
4 years
Sakit pada rahang sebelah kanan
Saya wanita berusia 27 tahun… Saya mengalami sakit pada rahang kanan sejak 4 hari lepas… Sebelum ni saya rasa sakit ketika menguap atau ketika menggerakkan lidah ke sebelah kanan, tapi masuk hari ke 5 ni rahang terasa sakit walaupun sy tak menggerakkannya. Saya juga terasa sakit pada gigi sebelah kanan… Adakah ianya akan hilang secara sendiri atau saya perlu ke klinik utk pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.