Anonymous

3 years

Telinga berdesing bangun pagi

Saya ingin bertanya…sy berumur 14th…pagi tadi saya bangun drpd tidur dan tekak rasa sakit tapi sekejap sahaja dan saya perasan telinga kiri sy tak berapa dengar dan berdesing…saya juga ade sakit kepala …pada tahun 2019 saya pernah mengalaminya tetapi sekejap sahaja…apa penyakit yg saya alami ye?..

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:

  • Kecederaan pada bahagian dalam telinga disebabkan terdedah kepada bunyi yang kuat
  • Perubahan pada tekanan udara
  • Bendasing (foreign body) di dalam telinga
  • Penyakit Meniere
  • Jangkitan telinga
  • Radang tekak (laryngopharyngitis)
  • Radang tonsil
  • Migrain

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sila berjumpa dengan doktor dengan segera kerana ia mengganggu pendengaran anda. Ia juga mungkin disebabkan oleh punca yang tidak disebutkan di atas. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan anda disebabkan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan dan rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_91333348

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.