ao313548

6 years

Batuk sedikit dan semput sedikit tetapi tidak mengalami demam dan simtom lain

Saya berumur 19 tahun… saya mengalami batuk sedikit sedikit dan semput sedikit tetapi tidak mengalami demam dan simtom lain… kawasan saya tiada lagi kes covid-19 dan saya tidak menpunyai kontak rapat dgn pesakit…adakah ini sakit biasa atau saya perlu menjalankan pemeriksaan selanjutnya

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Untuk pengetahuan anda masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

Justeru sukar untuk saya memberi kesimpulan mengenai gejala yang anda alami ini kerana maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Selain itu, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Semoga anda cepat sembuh dan terima kasih.

AdobeStock_41699827

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.