Anonymous

5 years

Hilang Deria bau dan rasa sejak 3 hari lepas,tetapi xder rasa batuk sakit tekan atau ape2

Saya blik kerja pada 12/2 badan rasa mcm panas tetapi saya keluar rumah untuk keluarkan peluh tiba badan saya okey sudah…kemudian saya hilang rasa deria bau dan maknn kenpa yaa doktor boleh terang kan

Dr Ramzdhan,

5 years

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu hilang deria bau. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca kehilangan deria bau, antaranya:

  • Alahan hidung
  • Polip hidung
  • Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
  • kecederaan pada hidung- patah tulang
  • ketumbuhan pada hidung/otak
  • Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum membuat sebarang kesimpulan. Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor umum atau doktor pakar di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.

Di samping itu, memandangkan kini kita dilanda oleh virus COVID-19, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala terutamanya jika mempunyai kontak rapat. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

image

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.