Anonymous

2 years

Kaki dan tangan berpeluh

Selamat sejahtera doktor. saya berumur 14 tahun ini. saya ingin bertanya tentang masalah saya. .saya mula berpeluh sejak saya berumur 9 tahun. waktu itu saya membuat pembedahan untuk gigi saya yang tidak boleh keluar. selepas saya membuat pembedahan tersebut beberapa minggu kemudian saya mengalami peluh di kaki dan tangan. sebab saya sentiasa berpeluh ibu saya membawa saya ke hospital. .di hospital doktor mengatakan kalau saya mempunyai masalah kesihatan. yang boleh pengaruhi jantung saya . doktor, jantung saya akan berdegup lagu dan nafas saya akan sesak. doctor menyarankan saya agar saya membuat pembedahan untuk menghenntikan peluh saya. tapi ibu saya risau kerana saya akan mengikuti pt3 tahun hadapan dan jika ia tidak berjaya ia mungkin pengaruhi saya ketika saya menjawab soalan. [saya tidak begitu fasih bahasa melayu, saya berharap doktor faham masalah saya ini.]

Dr Ramzdhan,

2 years

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Masalah tiroid
  • Menopaus
  • Kencing manis
  • Masalah sistem saraf

Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang. Anda juga boleh merunding dengan doktor tersebut tentang kesan sampingan pembedahan tersbut supaya anda dapat menilai risiko risiko tersebut.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_163792215_eWe45OdLIkwRtc7v6XolfhGKpP5wDjmi

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.