
Anonymous
3 years
Kerap sakit kepala
Hai doktor, saya wanita berumur 23 tahun, saya kerap sakit kepala. Contohnya apabila makan makanan terlalu manis, makanan masin, semasa buat kerja, tahan sejuk, cuaca panas, terlalu penat, terlalu bising dan cahaya. Kadang kala sakit kepala akan berlarutan sehingga 2-3 hari. Tetapi disebabkan banyak kerja, sakit kepala saya berlarutan sehingga 2-3 minggu. Keadaan ini sangat mengganggu aktiviti harian saya terutamanya apabila saya merupakan seorang pelajar tahun akhir yang perlu melakukan final year project berserta industrial training pada masa yang sama. Soalan saya adalah adakah keadaan ini normal? Tq.

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan ini.
Kami memahami anda mempunyai sakit kepala yang berlarutan.
Kami akan cuba membantu.
Kondisi sebegini tidaklah biasa dan memerlukan perhatian doktor.
Terdapat beberapa faktor seseorang mempunyai sakit kepala yang berlarutan.
Antaranya:
- Tekanan
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok
- Masalah saraf
- Darah tinggi
- Radang sinus
- Pendarahan
Hanya dengan bercakap dengan anda dan pemeriksaan teliti seseorang doktor dapat memberikan anda suatu diagnosis yang betul.
rawatan awal yang boleh diambil untuk mengatasi gejala ini adalah
- Mengambil air yang secukupnya
- Mengenal pasti dan mengelakkan perkara yang boleh mencetuskan serangan seperti cahaya yang terang, bunyi yang kuat dan sebagainya.
- Berehat secukupnya kerana tidur yang mencukupi boleh mengelakkan serangan migrain
- Menjaga pemakanan seperti kafein dan alkohol
Namun demikian anda disarankan untuk berjumpa dengan seseorang doktor yang berdekatan jikalau masalah ini berlarutan.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami atas talian.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.