
Anonymous
3 years
Masalah hidung rupa dia mcm bisul tapi mudah surut
Saya ada masalah kaitan hidung. Bila tengok kt cermin dalam lubang hidung saya ada benjolan sampai menutup saluran pernafasan(mcm tersumbat). Benjolan tu apa nama dia?berpindah-randah(kadang benjol kiri kadang benjol kanan).benjolan tersebut mudah surut. Adakah itu tanda hidung saya ada jangkitan? nak tdow siang selalu terjaga.rasa mcm xcukup nafas.kalau pagi² selalu rasa mcm hidung bila bernafas mcm nak kering. Terasa sampai ke tekak. Pagi2 hingus mesti hijau pekat.kadang berbau busuk.saya sudah simpan sample kahak tersebut nak dibawa ke hospital.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda bimbang tentang benjolan di dalam lubang hidung yang mudah surut serta segenap gejala lain yang anda hadapi. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- sinusitis atau resdung
- cellulitis
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor, termasuk:
- jangkitan pada hidung
- kecederaan pada hidung
- tumor atau ketumbuhan hidung.
- polip hidung
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.