Anonymous

4 years

Mati Pucuk Alat kelamin

Saya lelaki dalam 20’an… ketika saya melakukan hubungan seks alat kelamin saya lambat tegap… apa perlu saya lakukan…

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Masalah anda merupakan salah satu jenis disfungsi erektil atau Erectile Dysfunction. Terdapat pelbagai punca yang akan menyebabkan masalah kesihatan ini. Antaranya adalah:

Punca Fizikal - masalah akibat penyakit

  • Diabetes Mellitus
  • Sakit jantung
  • Masalah fungsi saraf
  • Hormon tidak stabil
  • Sakit buah pinggang
  • Masalah hati
  • Kesan sampingan pengambilan alcohol, dadah dan ubat-ubatan seperti anti-depressant
  • Masalah kelenjar tiroid
  • Artritis
  • Tidak boleh mengawal aliran air kencing

Punca Psikologi – gangguan seksual psikologi abnormal

  • Tekanan di tempat kerja
  • Kemurungan (Depression)
  • Gemuruh (Anxiety)
  • Perasaan bersalah
  • Menghadapi masalah dalam hubungan dengan pasangan
  • Rendah diri dengan bentuk fizikal tubuh
  • Risau tentang kebolehan seks
  • Kesan trauma dalam hubungan seksual yang lampau

Justeru itu, punca masalah anda harus dikenalpasti sebelum kesimpulan boleh dibuat untuk memberikan kaedah rawatan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.menshealth2

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.