Anonymous

5 years

Mengalami masalah batuk selama lebih kurang 5 hari dan mempunyai kahak

Hello Dr. Saya wanita berumur 23 tahun. Saya sdg mengalami batuk sudah lebih kurang 5 hari dan selepas meminum ubat batuk bena expectorant batuk saya semakin berkurang namun kahak masih ada. Kahak itu berwarna putih jernih. Adakah jenis kahak ini merupakan simptom sebarang penyakit dalaman dan perlukah saya menjalani rawatan?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kahak putih merupakan warna kahak yang normal. Anda disarankan untuk teruskan dengan ubat batuk anda buat masa sekarang. Badan anda akan mengambil masa untuk mengeluarkan kuman dari sistem saluran pernafasan anda. Oleh itu, anda mungkin akan masih menghasilkan kahak.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

batuk-kering

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.