
Anonymous
3 years
Sakit dada di belah kanan
Saya perempuan berumur 27 tahun. Dalam pkul 5.24 pagi tdi, saya terjaga kerna bile sy bernafas dada belah kanan saya terasa sakit dan ketika itu saya tak dapat bernafas sepenuhnya. Dan bila sy duduk try utk bernafas kembali still sama. Dan mula okay bila sudah beberapa minit. Adakah ini effect vaksin kerna sy mengambil vaksin pada 24 june?

3 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesakitan di bahagian dada kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- serangan jantung/ sakit jantung
- angina
- radang jantung
- pulmonary embolism
- pneumothorax
- jangkitan paru paru
- pedih ulu hati
Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.