Anonymous

3 years

Sakit dada walaupun sedang berehat

Saya berumur 29tahun, mempunyai asthma. Saya semakin kerap terganggu tidur dan rehat saya kerana sakit dada yang teramat sgt. Bila saya start ada mslh sakit dada, batuk dan selsema juga akan datang sekali yang membuat kan saya tidak selesa. Saya mempunyai sejarah sewaktu mengadung anak no 3 sy. Sy dimasukkan ke hospital pada kandungan 7 bulan kerana jantung. Bacaan ecg saya tak lawa sewaktu itu. Adakah keadaan ini berkaitan. And sy juga ada masalah anemia. Hb didalam drah sy sentiasa rendah.

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian dada. Kami akan cuba membantu anda.

Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :

  • jangkitan common cold
  • influenza
  • pneumonia
  • COPD
  • Tibi

Gejala yang anda alami semasa mengandung tidak semestinya berkaitan dengan gejala kesakitan di bahagian dada yang anda alami sekarang, tetapi ianya lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.

Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_119332352_9NJTQL2K3igXOJI5k29XKUI3Z0DuwNTw

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.