Anonymous

4 years

Sakit pada rahang tepi telinga

Saya wanita dalam 20’an dan saya terasa sendi rahang saya sakit dalam seminggu ni. Sakit bila membuka mulut / makan.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Kelenjar bengkak adalah:

  • sering disebabkan oleh jangkitan kuman dan menyebabkan selesema, radang tonsil dan jangkitan telinga atau tekak
  • Jika anda berjumpa dengan doktor, mereka akan mencadangkan rawatan bergantung kepada punca, jika ada mempunyai masalah bakteria, doktor mungkin akan beri antibiotik.

Terdapat beberapa sebab kelenjar bengkak disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria seperti:

  • Selesema
  • Radang tonsil
  • Penyakit Tuberkulosis atau batuk kering
  • Gusi bernanah

Kelenjar pada bahagian berkenaan selalunya akan merasa sakit. Dan ini mungkin salah satu sebab anda terasa sakit apabila membuka mulut dan makan. Anda juga mungkin mempunyai gejala tambahan, seperti sakit tekak, batuk, atau demam.

Jangkitan ini biasanya akan sembuh tanpa memerlukan rawatan, dan kelenjar yang bengkak akan surut dengan segera. Anda perlu banyak minum air, dapatkan rehat secukupnya dan melegakan simptom di rumah dengan menggunakan ubat-ubatan seperti Paracetamol atau Ibuprofen. Anda harus berjumpa dengan doktor jika gejala anda tidak bertambah baik dalam masa beberapa minggu.

Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.