Anonymous
4 years
Sendawa angin disebabkan sakit tengkuk
Saya wanita berumur 18 tahun dan saya kerap sendawa angin setiap masa disebabkan oleh sakit / lenguh di bahagian tengkuk dan bahu.Boleh dikatakan saya sendawa angin setiap minit. Perkara ini telah berlaku selama setahun.Adakah perkara ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah selalu sendawa ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Sesetengah makanan boleh menyebabkan sendawa (Kacang, bawang, bunga kobis dan lain-lain)
- Gastritis
sendawa itu normal. Walaubagaimanapun, sekiranya anda sendawa berterusan dan secara berlebihan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih