
Anonymous
3 years
Spo2 level dalam badan
hi dr. currently saya pantau spo2 level sendiri dirumah. berapakah bacaan minimum spo2 level pada oximeter yang memerlukan rawatan segera?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, tahap SpO2 yang normal adalah di antara 95-97%. Sekiranya ia jatuh di bawah 95%, anda perlu rujukan doktor dan sekiranya ia jatuh ke bawah 90% anda memerlukan bantuan kecemasan.
Terdapat banyak oximeter di pasaran, terutamanya pada waktu wabak Covid-19 ini dan ini menyebabkan banyak oximeter memberikan bacaan yang salah akibat kualiti oximeter tersebut yang tidak mengikut kualiti standard. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk menyemak kualiti oximeter sebelum penggunaannya.
Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.