Anonymous

2 years

Ujian test air kencing ( URINE )

Sy lelaki umur 19 ,
Sy ad rsa skit nyeri di bhgian hujung kemalu kekadang di tengah , buah pinggang sedikit skit kdng2 ,

Adakah urine test dapat tahu punca masalah sya ? Sprti , skit buah pinggang , ginjal dan jangkitan kuman ?

Dimanakah saya boleh buat urin test dan dihntar ?

Tq doctor

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit di bahagian hujung kemaluan dan sakit bahagian pinggang. Anda ingin mendapatkan maklumat mengenai ujian urin yang boleh mengenalpasti masalah anda. Saya akan cuba memberikan maklumat yang diperlukan dengan baik.

Untuk makluman anda, Ujian urin strip ini adalah ringkas dan mudah. Ia sering digunakan sebagai saringan (penunjuk) awal masalah penyakit di dalam badan kita, Terdapat 5 hingga 10 ujian di dalam satu strip urin iaitu penunjuk kehadiran protein, glukos, keton, darah, bilirubin, urobilinogen, nitrit, leukosit, pH dan spesifik graviti. Setiap satu ujian ini diterangkan secara ringkas di dalam jadual keputusan ujian.

Daripada keputusan ujian ini, doktor boleh menentukan sama ada kita mempunyai masalah jangkitan kuman pada saluran air kencing atau kita perlu membuat pemeriksaan lanjut (membuat ujian menggunakan sampel darah atau bendalir badan yang lain) untuk pengesahan penyakit yang lebih serius iaitu kencing manis (diabetes), masalah buah pinggang atau masalah lain.

Namun begitu, sekiranya kita mempunyai keputusan ujian yang normal tetapi mempunyai simptom-simptom seperti di atas, kita mungkin akan diminta untuk membuat ujian ulangan (mengumpul urin sekali lagi) kerana ada kemungkinan sampel air kencing kita terlalu sedikit atau cair. Anda boleh melakukan ujian ini di klinik-klinik berhampiran.

Saya berharap jawapan ini memuaskan dan jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh ajukannya kepada doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

istockphoto-140470189-612x612

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.