
Anonymous
3 years
Vaksin astrazaneca untuk ibu mengandung
Saya telah mengambil vaksin AZ dose pertama julai lalu… Dan dose kedua 4 september nanti…tetapi saya telah disahkan hamil 5 minggu… Bolehkah saya terus ambik vaksin atau tunggu kandungan 14minggu dahulu?

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Berdasarkan bagaimana vaksin ini berfungsi dalam tubuh badan manusia, para saintis percaya ia tidak sepatutnya mendatangkan risiko kepada kandungan anda. Namun begitu, masih terdapat data yang terhad tentang vaksin ini untuk ibu mengandung. Saya sarankan anda untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah anda ataupun MySejahtera untuk memaklumkan tentang hal ini.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.