Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah benar dr jika saya berhenti rokok, sy tidak akan dapat kanser

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Februari 28, 2019 12:40 AM
khair 17 bulan

Adakah benar dr jika saya berhenti rokok, sy tidak akan dapat kanser paru-paru meskipun sy rokok lebih 10 tahun? Apakah cutoff utk dapat paru-paru normal?

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Berhenti merokok pada apa-apa umur sekalipun akan merendahkan risiko menghidap kanser paru-paru. Lagi awal anda berhenti merokok, lagi rendahlah risiko tersebut.

Bagi orang yang berhenti merokok, kajian telah menunjukkan jika mereka berhenti merokok untuk 10 hingga 20 tahun, risiko untuk menghidap kanser paru-paru akan dikurangkan dari 10 kali ganda ke 2 kali ganda berbanding dengan orang biasa.

Oleh sebab anda telah merokok untuk 10 tahun, paru-paru anda tidak akan kembali kepada normal. Namun begitu, sekiranya anda berhenti merokok, fungsi paru-paru anda akan meningkat dengan mendadak.

Berhenti merokok akan memanjangkan usia anda dan mengurangkan risiko untuk menghidap pelbagai jenis penyakit serius.

Merokok merupakan tabiat buruk yang meningkatkan risiko untuk menghidap pelbagai jenis penyakit yang serius terutamanya penyakit paru-paru, penyakit kardivaskular dan barah.

Orang yang merokok mempunyai risiko 10 kali ganda lebih tinggi untuk menghidap kanser paru-paru berbanding dengan orang yang tidak merokok.

Amalan gaya hidup sihat selepas berhenti merokok akan merendahkan lagi risiko anda untuk menghidap penyakit-penyakit serius.

Berjumpalah dengan doktor untuk merangka strategi berhenti merokok untuk anda kerana terdapat alternatif untuk mengatasi masalah ketagihan.

Dikemaskini pada: Thu Feb 28 2019 00:40:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87

Salam sejahtera! Terima kasih di atas soalan anda.

Risiko untuk mendapat kanser paru-paru bagi mereka yang berhenti merokok akan menjadi sama seperti mereka yang tidak merokok selepas 10-15 tahun berhenti merokok. Jika seseorang berhenti merokok sebelum umur 30 tahun.

Memberhentikan amalan merokok merupakan perkara yang agak sukar untuk perokok tegar dan mungkin memerlukan bantuan doktor.

Bagi mereka yang berhenti merokok, faedah-faedahnya adalah seperti berikut:
• Kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan menurun 12 jam selepas berhenti
• Tahap karbon monoksida dalam darah akan jatuh ke paras normal 2 minggu hingga 3 bulan selepas berhenti
• Risiko berlebihan penyakit jantung koronari adalah separuh daripada seseorang yang masih merokok. Risiko serangan jantung jatuh secara dramatik 5 tahun selepas berhenti
• Risiko kematian akibat kanser paru-paru adalah kira-kira separuh daripada seseorang yang masih merokok 15 tahun selepas berhenti

Berjumpalah dengan doktor kerana terdapat cara untuk membantu anda berhenti merokok dengan jayanya dan mengatasi masalah ketagihan atau gian.

Dikemaskini pada: Thu Feb 28 2019 00:45:06 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Cara Berhenti Merokok dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >