Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Adakah lebih elok jika saya hisap vape drpd batang rokok?
Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Penggunaan rokok elektronik atau vaping merupakan salah satu cara yang popular dalam kalangan perokok untuk menggantikan rokok tembakau.
Kajian daripada pakar-pakar di WHO telah mengesahkan bahawa penggunaan rokok elektronik adalah kurang berbahaya berbanding dengan rokok tembakau kerana ia mengandungi bahan kimia berbahaya yang lebih kurang.
Namun demikian, kajian daripada pakar-pakar perubatan juga telah menunjukkan bahawa penggunaan rokok elektronik boleh mendatangkan pelbagai jenis kesan sampingan kepada kesihatan anda.
Rokok elektronik mengandungi nikotin dan beberapa jenis bahan kimia dan lain dan bahan-bahan ini telah dikaitkan dengan gejala-gejala seperti:
Di samping itu, penggunaan rokok elektronik untuk jangka masa yang lama juga dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit seperti:
Selain itu, kualiti rokok elektronik tersebut adalah kurang memuaskan, komplikasi seperti letupan atau kebakaran yang berpunca daripada rokok elektronik yang rosak boleh berlaku.
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, vaping adalah lebih selamat berbanding merokok.
Vape mempunyai kandungan nikotin yang rendah berbanding dengan rokok dan ini menyebabkan kesihatan perokok vape bertambah baik selepas beralih kepada alat tersebut.
Kandungan nikotin yang rendah dalam vape boleh menyebabkan selera makan perokok bertambah dan ketagihan berkurangan. Rokok biasa (tembakau) selalunya mengandungi dua kandungan yang penting iaitu nikotin dan tar.
Tar adalah penyebab kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit jantung manakala nikotin menyebabkan ketagihan. Vape tidak mengandungi tar.