Sulit
5 tahun
Adakah saya mengalami cyst atau ada masalah lain berkaitan usus saya
saya berumur 21 tahun . saya pernah ada history haid yang datang setiap 3 bulan sekali atau 6 bulan hanya sekali. Tetapi pada start saya around tingkatan 3 period saya mula teratur. saya juga mengalami perut yang membengkak atau bengkak sebelah kiri ketika lepas makan dan . setiap kali saya mahu berak juga saya akan mngalami sakit yang teramat sangat di tulang belakang smpai ada masa saya tak dpat nk brdri. saya juga selalu sakit perut tiba tiba yang teramat sakit. saya juga sukar untuk menelan makanan dan makanan yang saya makan akan mnyebabkan perut kembung di bahagian kiri sera badan terasa sangat sangat lesu letih dan berangin . sekarang, sebulan yang lepas saya tidak mengalami period dan telah mengambil pil kb untuk trunkan priod. jafi apa masalahnya saya ni doktor? trima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kanan bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































