
Sulit
5 tahun
Adakah saya mengalami sipilis?
Saya lelaki nerusia 25 tahun saya mengalami gatal pada bahagian kemaluan saya dan di celah jari tangan. Adakah saya menghadapi sipilis? Dan bagaiman saya mencari rawatandan ubat bagi merawat dan menghilangkan gatal ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah gatal pada bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat, seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut, candidiasis iaitu jangkitan sejenis kula, flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun
Untuk penyakit kelamin untuk berlaku, salah seorang antara 2 pasangan seksual harus mempunyai jangkitan tersebut. Namun begitu, penyakit kelamin boleh merebak melalui transfusi darah yang tercemar atau pekerja-pekerja bidang kesihatan yang terdedah terhadap bahaya kecederaan tertusuk jarum (needle stick injury, NSI).
Untuk mendapatkan rawatan berbentuk ubat, anda harus menjalani pemeriksaan yang lebih teliti supaya punca kegatalan pada kemaluan ini dapat ditentukan. Nasihat am yang boleh saya berikan ialah:
- Elakkan mempunyai pasangan seksual pelbagai
- Gunakan kondom semasa melakukan hubungan seks
- Kerap minum air
- Antibiotik/ antiviral
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum diagnosis boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.