
Sulit
4 tahun
Alat pembesar zakar daripada lazada telah membuatkan zakar saya sukar ereksi dan zakar kelihatan mengecut
Saya lelaki berusia 29 tahun dan bakal berkahwin, sebelom ni saya pernah pakai alat membesarkan zakar tetapi ia membuatkan zakat saya susah nak ereksi, saya syak disebabkan tekaknan yang kuat oleh alat pembesar zakar tu pada zakar saya, bagaimana saya nak atasi masalah ini? Masihlah ada harapan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, penis yang sukar ereksi juga dikenali sebagai mati pucuk. Sebenarnya, mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Masalah-masalah diatas ini adalah masih reversibel dan boleh dibaik pulih sekiranya masalah dasar diatasi. Untuk mengetahui masalah dasar yang manakah yang dihadapi, anda harus merujuk doktor agar dapat dikaji ulang masalah itu.
Anda boleh cuba untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat seperti kerapkan bersenam, memakan makanan yang seimbang dan kurangkan merokok jika anda seorang perokok.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.