elisha0381

4 tahun

Apakah keburukan asap vape

Saya ibu pada 5 org ank, saya nk tanye… Asap vape ni bahaya tak pada kanak2… Klu vape di hisap dlm rumah, adakah kesannye sama dgn asap rokok… Cth asap rokok bila melekat dekat atau mana2 fabrik, si perokok tidak boleh mendukung anak… Asap vape macam tu jugak ke…

Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Vape mengandungi nikotin dan beberapa bahan kimia lain.

  • Nikotin merupakan sejenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan. Nikotin ini boleh menyebabkan ketagihan terhadap bahan-bahan kimia lain yang sama jenis.
  • Perasa yang diperolehi melalui vape mengandungi karsinogen dan bahan kimia beracun seperti formaldehida dan asetaldehida, serta logam beracun dalam ukuran nanopartikel yang dihasilkan dari mekanisme penguapan.
  • Propilen dan glikol atau gliserin berfungsi untuk menghasilkan wap air. Bahan-bahan kimia ini boleh menyebabkan kerengsaan sistem pernafasan.
  • Kandungan lain seperti “tobacco-specific nitrosamine (TSNA)” adalah elemen karsinogen yang didapati dalam tembakau dan rokok tembakau. Bahan kimia ini juga didapati dalam cairan rokok elektronik. Kadar TSNA adalah tinggi jika kadar nikotin tinggi.
  • Jika e-rokok digunakan semasa kehamilan, kesihatan janin dalam kandungan akan terancam. Fungsi otak dan paru bayi yang sedang berkembang boleh terjejas pada jangka panjang. Nikotin juga boleh menyebabkan berat badan lahir bayi rendah, kelahiran tidak cukup bulan (“premature”), bayi lahir mati (“stillbirth”), dan sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).
  • Perkembangan otak akan terjejas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja oleh sebab nikotin. Remaja yang menggunakan e-rokok akan mengalami gangguan kognitif dan tingkah laku yang menjejaskan ingatan dan perhatian.
  • Penyerapan, penghirupan dan menelan cairan rokok elektronik melalui kulit atau mata boleh mengakibatkan keracunan. Dos nikotin tinggi juga menyebabkan keracunan. Cairan yang tertelan oleh kanak-kanak boleh mengakibatkan kematian.
  • Terdapat penyelidikan yang membuktikan bahawa bahan kimia dalam rokok elektronik akan menjejaskan keupayaan sel paru untuk menjaga paru-paru dari kuman dan zat merbahaya yang lain.

Untuk menjawab persoalan anda, sila layari link ini, doktor bertauliah kami menerangkan keburukan vape

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lanjut. Terima kasih

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)