Sulit
10 hari
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan vaksin demam denggi di Malaysia?
Hai selamat sejahtera. Saya dan keluarga ada bercadang untuk mengambil vaksin demam denggi jadi di manakah saya boleh mendapatkan vaksin itu?
10 hari
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Buat masa sekarang, hanya syarikat Doctoroncall yang menawarkan perkhidmatan vaksin Qdenga ini. Harga vaksin untuk dua dos ialah RM 550 dan boleh didapatkan di sekitar empat negeri di malaysia iaitu Kuala Lumpur, Selangor (Shah Alam dan Petaling Jaya), Johor Bahru, Penang (Seberang Perai dan Pulau).
Individu yang ingin mendapatkan vaksin Qdenga boleh klik di link yang disediakan untuk membuat tempahan dia kawasan terdekat. Marilah sama-sama melindungi diri daripada jangkitan demam denggi yang lebih serius.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.