Sulit
3 tahun
Baru sembuh dari demam sehari yang lepast tetapi ada rasa pening kepala dan rasa loya. Bila maka
Saya remaja berumur 16 tahun. Saya baru sembuh dari demam.Masa demam memang ada rasa pening. Tetapi bila sembuh ni ada lahi rasa pening tersebut. Saya tiada selera nak makan. Kebelakangan ini saya makan buah dan roti sahaja.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Bedasarkan keterengan anda, gejala yang dihadapi itu merupakan sesuatu perkara yang boleh berlaku dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan anda, rasa pening kepala waktu ketika demam atau selepas boleh disebabkan oleh:
- Lambat makan
- Kurang rehat atau tidur
- Stress secara mental dan fizikal
- Tersalah tidur atau otot leher tegang
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
Dengan itu, terdapat beberapa penawar diri yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan gejala pening kepala dan kurang selera makan iaitu:
- Makan pada masa tepat
- Banyak minum air
- Rehat dengan posisi tidur yang betul
- Mandi air sejuk
- Kurangkan makan makanan berproses dan garam tinggi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang terdekat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.