tengkuamir15
3 tahun
Biji2 gatal pada kaki melebihi 3 minggu
Saya mengalami penyakit kukit pada kaki, iaitu biji2 merah pada kaki sudah melebihi 3 minggu, saya sudah pergi ke klinik dan doctor telah bagi ubat sapu (xepa defuzin) , antibiotic tetapi masih lagi gatal2 dan kadang2 sy terpaksa gosok atau garu pada biji2 tu untuk kelegaan pada kaki. Saya nak tahu sama ada penyakit gatal pada kaki saya ini teruk atau tidak, sebab saya search di internet, ada yang kata scabies, fungal, bacteria infection, dan paling saya takut ialah adakah saya kena cellulitis? Saya berumur 27 tahun, saya tidak ada penyakit kencing manis, tinggi 175, berat 62kg.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Scabies
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Urticaria
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk pengetahuan anda penyakit cellulitis akan datang dengan simptom kesakitan. Anda boleh pergi ke klinik berdekatan dan dapatkan ubat antihistamine untuk mengurangkan kegatalan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.