Sulit
5 tahun
Buat hubungan kelamin
saya berumur 21 tahun §. saya nak tanya, boleh ke pregnant if buat hubungan kelamim semasa tgh haid? and knp period saya dtg lambat ye? saya last period 4/1/20 (28/12/19 - 4/1/20). til skrg x period lagi😅. supposedly saya period on 1/2/2020 ni tpi x period lagi.
and dalam saya x period tu, saya ada buat hubungan kelamin tapi pancut luar pada 11-12/1/20 dan 24-26/1/2020. adakah saya mengandung ataupun haid saya tidak teratur?
mohon pencerahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir, ataupun dalam kes anda sekarang haid anda adalah 1 bulan. Justeru dalam kes anda, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Namun, sekiranya hasil negatif, boleh jadi kerana kehamilan terlalu awal, ataupun hasil memang negatif.
Merujuk kepada hubungan kelamin, anda perlu tahu bahawa setiap hubungan tanpa perlindungan (kondom, pil perancang) akan mendedahkan anda terhadap risiko kehamilan walaupun pasangan tidak pancut dalam. Hal ini kerana sperma dapat hadir dalam cairan air mani lelaki walaupun sebelum pancut (ejakulasi).
Untuk info lanjut dan diagnosis pasti, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.

























