
sahidahdaud
2 tahun
Buku lali lambat sembuh?
Hi… Saya shida. Dua minggu lepas saya terjatuh dari anak tangga flat. 2 step dari lantai. Memang sakit sebab buku lali kaki dahulu yang mendarat ke lantai tangga. Saya sudah pergi ke klinik kerajaan juga telah buat x ray untuk mengenal pasti patah atau sebaliknya. Doktor beri ubat tahan sakit dan susut bengkak. Soalan saya berapa lama sembuh? Adakah tempoh 2 minggu sudah cukup untuk saya buat rawatan susulan? Kerana bila berjalan ok. Cuma setiap kali saya bengkok kan kaki saya merasa semacam ada yang tak kena. Sakit. Apa pandangan doktor? Perlu ke saya jumpa doktor lagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda hanya perlu mematuhi nasihat dokto yang telah anda jumpa sebelum ini. Tempoh pemulihan bebrbeza mengikut individu. Anda boleh dapatkan kesan yang baik jika pergi mendapatkan khidmat fisioterapi atau rehabilitasi sukan. Jika doktor anda menetapkan untuk temu janji maka anda wajib pergi. Jika tidak anda boleh teruskan aktiviti harian mengikut nasihatnya. Jika terdapat kesakitan atau gejala-gejala lain, anda harus terus berjumpa doktor.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.