
Sulit
4 tahun
Dada berdebar debar dan sakit secara tiba tiba
Saya wanita berumur 19 tahun. Dada saya terasa berdebar debar dan sakit secara tiba tiba. Dan dada saya terasa sempit membuatkan saya sukar untuk bernafas.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut.
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
- Kekurangan gula atau air dalam tubuh
- Kekurangan rehat atau tanda-tanda gangguan tidur
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll) & saraf (i.e. migrain, dll.)
- Anemia
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.