azmilatulaily
5 tahun
Datang bulan hanya di dalam faraj dan tidak mengalir seminggu@ dua minggu sebelum tarikh period
Assalam doktor. Saya ingin bertanya, tarikh haid saya sepatutnya pada 10-15hb setiap bulan. Tetapi 2 minggu @ seminggu sebelum tarikh period, saya dapati darah hanya di permukaan faraj saja. Tidak keluar, jika saya korek dengan tisu ada darah dan dalam kencing pun ada sedikit saja darah keluar. Bulan lepas pun sama, seminggu @ dua minggu sebelum period,hanya ada darah di dalam faraj, tidak mengalir keluar. Adakah ini tanda-tanda hampir period?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan darah sedikit yang anda maksudkan adalah spotting. Spotting ataupun darah sedikit yang keluar diluar tempoh haid boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























