
aladad
2 tahun
Depan tapak kaki sakit dan kedua dua bahu sakit
saya berumur 45th , pada setiap hari tak kira siang hari atau mlm hari atau selepas bangun tidur ,masa tu amat sakit,hingga kan kalau dipicit atau diurut,secara lembut ia sakit, boleh bantu saya,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sakit pada tapak kaki dan bahu anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Penyakit sendi - seperti osteoartritis, radang sendi, rheumatoid artritis
- Penyakit saraf - akibat kencing manis dan darah tinggi
- Kurang vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit periferi arteri - faktor risiko seperti kencing manis dan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.